SOAL JAWAB
  • Apakah Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pelanggan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di Majlis Daerah.

  • Bagaimana Cara Ianya Boleh Dibayar?

Dua (2) kali setahun iaitu:

1/2 tahun pertama - bayar sebelum 28 Februari.

1/2 tahun kedua - bayar sebelum 31 Ogos

  • Apakah Yang Terjadi Jika Tidak Menjelaskan Cukai Taksiran Dalam Tempoh Tersebut?

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan-tindakan boleh dikenakan seperti berikut:

Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan ANDA dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari dari tarikh Notis ini dikeluarkan. Denda lewat akan dikenakan seperti berikut:

     a)  Jumlah wang yang belum dibayar yang kena dibayar tidak melebihi RM 50.00

Notis Tuntutan akan dikeluarkan jika bayaran sepenuhnya tidak dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan ini dikeluarkan maka waran tahanan boleh dikeluarkan di bawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan akan dikenakan seperti di bawah:

     a)   Bayaran waran tahanan 3 peratus daripada jumlah tunggakan setiap 1/2 tahun.

  • Bagaimanakah hendak mengelak denda atau tindakan waran tahanan atau mahkamah?

Bayar segera sebelum 28 Februari atau 31 Ogos pada tiap-tiap tahun.

  • Apakah yang perlu anda lakukan jika bil-bil tidak diterima?

Anda hanya perlu membawa maklumat seperti No. Rumah, No. Lot, Nama Pemunya dan Bil Lama ke bahagian penilaian Majlis Daerah Ketereh.

  • Jika anda hanya seorang penyewa rumah, atau bangunan tersebut, apa harus anda lakukan?

Anda hendaklah mengemukakan bil-bil cukai taksiran yang anda terima bagi bangunan yang disewa dengan segera kepada pemilik bangunan. Jika pemilik gagal menjelaskan cukai tersebut, harta anda di dalam bangunan tersebut akan dirampas. Oleh itu, anda boleh melindungi dengan membayar cukai itu kepada Majlis Daerah dengan memotong wang dari sewa rumah. SEksyen 151 (6) Akta Kerajaan Tempatan melindungi anda. Bagi maksud seksyen ini, perbahasan 'Bangunan' ternasuklah:

     a)   Sesuatu flat yang lengkap dalam bangunan yang didirikan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan

     b)   Mana-mana seluruh tingkat sesuatu bangunan yang mempunyai jalan  masuk yang berasingan

     c)  Ruang lantai yang kurang daripada 1000 kaki persegi pada tingkat yang sama sesuatu bangunan yang boleh disewakan

          sebagai sesuatu pejabat, kedai, kilang, gudang dan lain-lain bangunan seumpamanya.

  • Apakah Yang Anda Ingin Lakukan Apabila Anda Ingin Membeli Rumah Atau Tanah Kosong Dalam Kawasan Majlis Daerah Ketereh?

Sila datang ke pejabat Majlis Daerah Ketereh untuk menyemak siapakah pemilik berdaftar dan berapakah jumlah Cukai Taksiran atau Jumlah Tunggakan. Seksyen 146 Akta Kerajaan Tempatan, menegaskan semua tunggakan Cukai Taksiran adalah menjadi tanggungjawab pemilk pada masa itu. Sebelum membeli, pastikan pemilik asal telah menyelesaikan semua tunggakan.

  • Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Telah Menukar Milik (Pindah Milik) Menjual Tanah Atau Rumah?

Jika sesuatu pegangan (rumah/tanah) dijual / pindah milik, maka menjadi tangunggjawab penjual, pembeli dan pemindah milik menisi Borang I yang disediakan serta salinan  geran tanah  berkenaan. Kembalikan kepada Majlis Daerah Ketereh dalam (3) bulan dipindahmilik atau jualan.

Jika pemilk pegangan (rumah atau tanah) meninggal dunia, maka adalah menjadi tanggungjawab pemunya melalui warisan memberi notis dalam tempoh (1) tahun selepas kematian itu.

Jika gagal, anda boleh didenda tidak lebih RM 2000 atau penjara tidak lebih (6) bulan atau kedua-duanya sekali seperti peruntukan dalam Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan 1976

Tidak mampu membayar Tunggakan Cukai Taksiran sekali gus. Sila datang ke Pejabat Majlis Daerah untuk berunding dan mendapatkan kelulusan cara penyelesaiannya.     


PENAFIAN:Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

DISCLAIRMER:The State Government of Kelantan shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.